Monday, 15 July 2013

Zakat Fitrah

MAKNA

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).


DALIL WAJIB ZAKAT FITRAH 

Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud : 

" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka , hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin" .


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT FITRAH 

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud :
 " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat "

Untuk memenuhi keperluan orang -orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud : " Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini"

Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah . 

Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal .


SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH 
Orang yang mengeluarkannya mestilah Islam dan merdeka . 

Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya . 

Wajib zakat setelah tenggelam matahari akhir bulan Ramadhan. Ianya tidak wajib keatas :
1- orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
2- kanak-kanak yang dilahirkan selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan . 
3- orang yang baru memeluk Islam selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan . 

Juga tidak wajib keatas seseorang suami membayar zakat fitrah Isteri yang dikahwininya selepas terbenam matahari pada hari Akhir bulan Ramadhan .


WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

 -Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
 -Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
 -Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
 -Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
 -Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.




No comments:

Post a Comment